Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, berakhir hai ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memaklumkan, mahkamah selesai mendengar keterangan 25 saksi sepanjang 42 hari perbicaraan itu berlangsung.

Dalam prosiding, Peguam Jagjit Singh yang mewakili Rosmah memaklumkan Mahkamah Tinggi, pihak pembelaan menutup kes selepas saksi keduanya, bekas Pegawai Khas di Bahagian First Lady of Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod selesai memberikan keterangan.

Hakim Mohamed Zaini menetapkan tarikh 5 April ini untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan akhir.

Hakim turut menetapkan tarikh 9 Mac bagi pendakwaan memfailkan hujahan dan 30 Mac untuk pembelaan membalas hujahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini