Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar di Sarawak.

Pihak pembelaan memutuskan tidak memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memberi keterangan sebagai saksi pembelaan ketiga, yang dijadualkan hari ini.

Keputusan itu dimaklumkan Peguam Datuk Jagjit Singh, atas alasan pihak pembelaan percaya, keterangan daripada Datuk Seri Najib, hanya bersifat menyokong, dan sifat menyokong telah pun dibuktikan oleh pihak pembelaan.

Datuk Jagjit kemudiannya memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan hari ini dan minggu ini, kerana saksi pembelaan kedua, yang juga bekas pegawai khas Datuk Seri Najib, iaitu Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, sedang menunaikan ibadah umrah dan hanya boleh memberi keterangan pada 4 Februari.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu, dan menangguhkan perbicaraan ke 4 Februari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini