Bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani menafikan beliau berbohong dan tidak jujur ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili ahli parlimen Bagan Datuk itu bahawa beliau tidak memberi wang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid.

KELMARIN, saksi pendakwaan keenam belas itu dalam keterangannya berkata bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut ada menerima sumbangan wang daripada syarikat terbabit antara 2014 dan 2018.

Bantuan bertujuan mengukuhkan kedudukan UKSB sebagai kontraktor Kementerian Dalam Negeri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung ESOK.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini