Video beberapa lelaki menyerang Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Menengah Kebangsaan Gunong, Sirajudin Jusoh semalam yang tular di laman sosial dikatakan berpunca daripada salah faham dalam menyelesaikan kes disiplin anak-anak.Salah seorang penyerang difahamkan bapa saudara kepada pelajar yang dihukum gantung sekolah kerana kes displin.Surat panggilan ibu bapa telah diberikan kepada pelajar terbabit namun tidak diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga sehingga mendesak PKP sekolah menghubungi penjaga pelajar itu.Namun, PKP tersebut telah dituduh memaki hamun isteri salah seorang penyerang; menjadi punca kehadiran suami dan beberapa lelaki hadir ke sekolah berkenaan.Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilapor akhirnya memohon maaf dan memahami kes sebenar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, DSP Nik Aminuddin Raja Ali berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai kejadian tersebut.Polis akan melakukan siasatan segera sekiranya mangsa tampil membuat aduan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini