Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan sentiasa mengubah strategi penguatkuasaan Ops Gempur Lebih Muatan bagi mengesan kesalahan membabitkan kenderaan berat seperti lori.

Ini kerana sebilangannya bertindak mengelak daripada laluan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak berkuasa dan membuat perjalanan pada sebelah malam.

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan pelbagai usaha dibuat bagi mengesan tindakan pemandu lori yang masih melanggar peraturan.

Beliau ditemui selepas Ops Gempur Lebih Muatan di hentian rehat dan rawat (RnR) Gambang Hala Barat, Kuantan.
 
Operasi 2 hari itu menyaksikan 376 kenderaan diperiksa dengan 82 buah kenderaan diambil tindakan, 25 buah kenderaan membuat kesalahan lebih muatan, 74 buah dikeluarkan notis dan 36 saman dikeluarkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini