Lapan permohonan diluluskan di bawah skim perlindungan pampasan kepada penerima vaksin COVID-19 yang mendapat kesan sampingan serius.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, permohonan yang diluluskan tidak membabitkan kes kematian.

Setakat ini, 93 permohonan sedang dipertimbang jawatankuasa penilaian Kementerian Kesihatan.

Beliau bercakap pada sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini