Kesatuan utama mewakili anggota bomba New York City membantah penetapan tarikh akhir mandat untuk vaksin COVID-19.

Pihak Kesatuan akan bertemu dengan Pejabat Perhubungan Buruh Bandar dalam usaha rundingan untuk melanjutkan tarikh akhir mandat berkenaan.

Minggu lepas Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan semua pegawai polis, bomba serta pekerja perbandaran wajib mengambil vaksin selewat-lewatnya 1 November, atau berdepan risiko cuti tanpa gaji.

Menurut Presiden Persatuan Bomba, Andrew Ansbro, lebih 40 peratus anggota bomba masih belum mendapat vaksin mereka.

Ansbro berkata kebanyakan yang tidak divaksinasi sebelum ini dijangkiti COVID-19 dan kini mempunyai antibodi.

Beliau turut menegaskan bahawa Kesatuan bukan antivaksin.

Sebaliknya menyatakan anggota bomba telah berjuang di barisan hadapan sepanjang pandemik selama 20 bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini