Pelbagai program dan pendedahan dirangka bagi tujuan Pembelajaran, Pengetahuan serta perkongsian Idea berkaitan Digitalisasi.

Langkah itu sebagai komitmen untuk mencapai sasaran menjadikan Perlis sebagai negeri Digital menjelang 2025. 

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan menjelaskan usaha meningkatkan kesedaran rakyat adalah komponan penting ke arah pendigitalan.

Sehubungan itu, cadangan dan idea baharu diperlukan bagi memperkukuh Pelan Digital Perlis 2021-2025.

Beliau melancarkan Konvensyen Digital Negeri Perlis Tahun 2021 yang dimeriahkan dengan 12 program menarik. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini