Seramai 2,500 pegawai dan anggota pangkat-pangkat lain terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 yang julung kali diadakan di Kem Segenting, Port Dickson.

Dengan tema “Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin”, ia seiring fokus angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk meningkatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan pegawai dan anggotanya.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, aspek itu merupakan faktor utama moral serta semangat untuk TDM melaksana tugas primer dengan lebih baik, iaitu memelihara kedaulatan dan kepentingan negara.

Beliau berucap pada Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 di Port Dickson.

Sambutan dimeriahkan dengan Demonstrasi Dinamik yang mempamerkan keupayaan Aset dan Kompetensi TDM sebelum disusuli Perbarisan Tempur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini