Kesesakan trafik luar biasa berlaku di sekitar kawasan Penjara Arthur Road di Mumbai, India berikutan pembebasan Aryan Khan, anak kepada pelakon Shah Rukh Khan yang berjaya memperoleh jaminan.

Shah Rukh Khan dan isteri, Gauri Khan juga dilaporkan akan berkunjung ke penjara itu bagi menyambut pembebasan anak sulung mereka yang berusia 23 tahun itu.

Pembebasan Aryan Khan selepas ditangkap awal bulan ini kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Selama 26 hari, Aryan Khan bersama beberapa rakan ditahan di Penjara Arthur Road.

Pihak berkuasa bertegas mendakwa terdapat bukti bahawa Aryan Khan terlibat dalam kes berkenaan semasa ditangkap bersama rakan-rakannya di atas sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini