Kesihatan penduduk terjejas banjir menjadi keutamaan kepada Kementerian kesihatan untuk bantu mereka mendapat rawatan segera.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr.Noor Azmi Ghazali ia perlu kerana ramai penduduk terjejas sukar untuk mendapatkan bekalan ubat berikutan tidak dapat keluar dari lokasi banjir.

Bagi memastikan kawalan pencegahan  penyakit bawaan air terus dipantau, Datuk Dr Noor Azmi berkata, pihaknya telah menggerakkan pasukan yang bertanggungjawab ke kawasan terjejas banjir di hulu langat.
 
Selain itu beliau juga menasihatkan para sukarelawan dan Badan bukan  kerajaan NGO yang datang memberi bantuan agar patuhi SOP digariskan KKM bagi membendung penularan COVID-19

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini