Tiga fasa utama mengurus bencana khususnya banjir ditetapkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang berlaku dalam seluruh wilayahnya.
 
Pengerusi KETENGAH Senator Datuk Razali Idris berkata, pengurusan membabitkan fasa persediaan, semasa bencana dan pascabanjir.

Menurut Datuk Razali, perancangan dilakukan berikutan kebanyakan penempatan penduduk di wilayah itu berada di kawasan rendah yang berpotensi banjir.
 
Menerusi fasa pertama peruntukan disediakan untuk kerja pembersihan dan kelancaran sistem saliran.

Semasa bencana pula kit makanan segera akan diagih kepada seluruh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah dalam wilayahnya iaitu Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Bantuan kerja pembersihan semasa pascabencana pula akan digerakkan menerusi pasukan sukarelawan KETENGAH.

Turut disediakan peruntukan baik pulih rumah penduduk terkesan bencana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini