Kementerian Kewangan akan memastikan ketirisan pendapatan negara dikurangkan secara berfasa.

Menurut Timbalan menterinya, Datuk Mohd Shahar Abdullah, melalui pendekatan holistik yang diambil Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) kadar cukai yang hilang terlah berjaya dikurangkan pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sempena Jelajah Pasca Bajet 2022 di Pengkalan Hulu, Perak.
 
Jelas beliau, hasil inisiatif diambil, nilai rampasan rokok seludup menurun daripada RM74.94 juta pada 2020 kepada RM30.91 juta pada 2021.
 
Tambahnya, kehilangn cukai akibat penyeludupn rokok juga menurun kepada RM226.26 juta pada 2021 berbanding RM691.9 juta pada 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini