Setahun kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali mengemudi negara sebagai Perdana Menteri ketujuh, menyaksikan beliau menerima pelbagai pengiktirafan dunia. Perdana Menteri dinamakan sebagai tokoh berpengaruh dunia selain diiktiraf sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk 2019 oleh The Muslim 500. Pada April pula, Tun Dr Mahathir disenaraikan antara 100 individu paling berpengaruh di dunia pada 2019 oleh majalah berita antarabangsa, Time’. Dan, awal bulan ini, beliau dinamakan pula sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2019 oleh portal antarabangsa, Fortune.com. Ketiga-tiga penerbitan itu menggambarkan Tun Dr Mahathir, 93 tahun, sebagai insan luar biasa kerana berjaya menerajui gabungan parti pembangkang, Pakatan Harapan, untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini