Susulan tindakan pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat di Selangor.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) mengemukakan bantahan rasmi kepada negeri Selangor pada tahun lepas.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sehingga tahun 2019, disebabkan pewartaan berkenaan, negeri itu kehilangan sebahagian daripada keluasan asal iaitu seluas 957.63 hektar.

KETSA juga mengambil maklum penggantian seluas 579.64 hektar melibatkan empat kawasan hutan berasingan.

Justeru, KETSA mengesyorkan agar kawasan gantian tersebut terus dilindungi dan dipulihara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini