‘Sittah Annur’ ketua ajaran ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’, ditahan pagi tadi.

Wanita berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang melakukan serbuan di rumahnya di Shah Alam, Selangor. 

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perbincangan lanjut akan dilakukan bersama Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sebelum tindakan susulan diambil termasuk mewartakan ajaran tersebut sebagai ajaran sesat.

Perkara berkenaan akan diperhalusi dan melibatkan penguatkuasaan enakmen agama sedia ada mengikut negeri.
 
Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga sudah sedia maklum berhubung ajaran itu dan kes diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman untuk siasatan lanjut. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini