Polis menembak mati ketua kumpulan jenayah dikenali sebagai kumpulan “Adik Mat” dan seorang ahli kumpulan itu dalam satu serbuan di pondok dua tingkat di kawasan hutan Kampung Batu Papan, Gua Musang, kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.


Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata kedua-dua penjenayah berusia 29 dan 36 tahun itu, maut di lokasi insiden selepas berbalas tembakan dengan polis.

Polis turut menemui dua pucuk pistol jenama LLama semi auto dan revolver selain 41 peluru hidup, tujuh biji kelongsong peluru dan 1,200 biji pil kuda.

Hasil siasatan juga mendapati suspek berusia 29 tahun yang juga ketua kumpulan berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau sebanyak tiga kes jenayah samun dan pukul selain sembilan kes dadah.

Manakala seorang lagi suspek mempunyai empat rekod lampau kes dadah.

Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan, 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971,8 (A) Akta Senjata Api 1960.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini