Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersedih atas pemergian mendiang Tan Sri Dr. James Jemut Masing.

Beliau menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang.

Tambahnya, sebagai rakan dan menteri kabinet dalam pentadbiran negeri, pemergian mendiang begitu dirasai dan ia merupakan suatu kehilangan yang amat besar kepada seluruh rakyat di Sarawak, khususnya masyarakat Dayak.

Datuk Patinggi Abang Johari ditemui pemberita selepas pelancaran ‘Sarawak Linking Urban Rural And Nation’ di Perkarangan Masjid Baru Trusan Lawas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini