Ketua Parti Rakyat Nasional (NPP) Adama Barrow diisytihar pemenang pilihan raya presiden Gambia. Perkara itu diumum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC) Gambia, Alieu Momar selepas Barrow memperoleh 457,519 undi, kira-kira 53 peratus daripada jumlah undi.  

Beliau menewaskan pencabar utamanya Ousainu Darboe dari Parti Demokratik Bersatu (UDP) yang mengumpul 238,253 undian.

Barrow pertama kali dipilih sebagai Presiden Gambia pada 2016 semasa mengetuai gabungan tujuh parti politik dan beberapa calon bebas. Ketika itu beliau menewaskan pencabarnya Yahya Jammeh yang kini hidup dalam buangan di Equatorial Guinea. 

Menjelang pemilihan semulanya, Barrow dalam kempennya berjanji untuk menambah baik pertanian dan pembangunan infrastruktur di negara itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini