Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey meletakkan jawatan sebagai ketua syarikat media sosial itu, berkuat kuasa serta-merta. Ketua Pegawai Teknologi, Parag Agrawal akan mengambil alih tempat Dorsey menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Dorsey dalam satu kenyataan berkata, beliau memutuskan untuk meninggalkan Twitter kerana percaya syarikat itu telah bersedia untuk beroperasi tanpa pengasas. Laporan CNBC menyatakan tindakan Dorsey itu ada kaitan dengan desakan daripada pengasas pemegang saham Twitter, Paul Singer, yang ragu-ragu dengan keupayaan Dorsey mengurus dua syarikat.

SelainTwitter, Dorsey juga merupakan CEO syarikat pembayaran kewangan, Square Inc. Dorsey namun menyatakan akan mengekalkan kedudukannya sebagai ahli lembaga pengarah syarikat untuk membantu CEO baru. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini