Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud merasmikan pelancaran Program Salam Baitullah 2022.

Program yang berjaya meraih rating tertinggi RTM sejak diperkenalkan lebih sedekad lalu ini tahun ini akan disiarkan sebanyak 16 episod. Ia bersiaran langsung dari 26 Jun ini sehingga 10 Julai 2022.

Salam Baitullah akan bersiaran jam 9.00 hingga 10.00 malam setiap hari dari Mekah hanya  di TV1 serta saluran berita, 123 My Freeview dan boleh ditonton menerusi laman sesawang RTM (rtmklik serta facebook live).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini