Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) susut kepada RM119.31 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, tahun ini berbanding RM212.66 juta suku yang sama tahun lalu.

PDB melalui kenyataan memaklumkan, jualan kumpulan turut mengalami penurunan, kesan pandemik COVID-19.

Namun, hasil syarikat meningkat kepada RM5.2 bilion daripada RM4.83 bilion sebelumnya.

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu menjangka pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan memberi kesan positif kepada produk PDB.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini