Keuntungan bersih Top Glove susut kepada RM15.29 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei berbanding RM2.04 bilion tahun sebelumnya.

Perolehan lebih rendah itu dicatat berikutan kesan normalisasi permintaan dan purata harga jualan yang menjejaskan industri.


Syarikat bagaimanapun akan terus memberi penekanan kepada penghasilan produk berkualiti dan cekap kos.

Pengeluar sarung tangan getah itu menjangkakan, persekitaran perniagaan  mencabar akan berterusan dalam masa terdekat.

Namun, Pengarah Urusannya, Datuk Lee Kim Mewo yakin permintaan kekal menokok didorong penggunaan meningkat daripada negara pesat membangun, di samping tahap kesedaran mengenai kebersihan dan kesihatan yang tinggi dalam era pasca pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini