Prestasi, keupayaan dan sumbangan Malaysia kepada industri maritim antarabangsa akan digunakan bagi meraih sokongan dalam mengekalkan Malaysia sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) kategori C.

Mengenai pengundian IMO, Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Seri Wee Ka Siong menyatakan, Malaysia akan berusaha dicalonkan semula untuk penggal yang ke-7.

Malaysia berhasrat meneruskan komitmennya dalam industri maritim dan tahun ini merupakan tahun ke-50 keanggotaan Malaysia dalam IMO. Justeru, Datuk Seri Wee Ka Siong yakin Malaysia mampu bersaing bersama 27 anggota lain untuk 20 kerusi.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Agong IMO di London. Pengundian IMO dijadual berlansung pada 10 Disember 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini