Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah, KFA melakukan pemeriksaan yang ketat di pintu masuk Stadium Darul Aman pada setiap kali perlawanan berlangsung berjaya mendisiplinkan para penyokong. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan KFA, Shaharol Niza Omar berkata, usaha KFA dengan menempatkan pegawai keselamatan di setiap pintu masuk berjaya menghalang para penyokong daripada membawa masuk barang larangan termasuk mercun ke dalam stadium. Pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan dalam memastikan kawasan sekitar Stadium Darul Aman bebas daripada asap rokok. Shaharol Niza berkata, kes-kes tangkapan berkait dengan penyeludupan masuk barang larangan ke dalam stadium juga semakin berkurangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini