Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dilaporkan sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. Perkara itu diumumkan kelab berkenaan melalui laman sosial rasmi Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran tersebut, The Rhinos mengumumkan Khairul Fahmi atau dikenali dengan panggilan ‘Apek’ akan menyertai pasukan mereka musim ini dengan mengalu-alukan kedatangan pemain berusia 32 tahun berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Sabah FC ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan perkara tersebut dan pihaknya akan memberikan maklumat lebih terperinci sedikit masa lagi.

Khairul Fahmi beraksi dengan Melaka United musim lalu dan merupakan antara bekas tonggak skuad Harimau Malaya kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika mempertahankan pingat emas bola sepak pada Sukan SEA 2011.

Dia akan bergabung semula dengan Datuk Ong Kim Swee yang telah dilantik sebagai ketua jurulatih Sabah FC hujung musim lalu.

Selain Khairul Fahmi, tiga pemain kebangsaan lain iaitu perancang tengah Baddrol Bakhtiar, serta pemain pertahanan Dominic Tan dan Rizal Ghazali juga menyertai skuad Sabah musim ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini