Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilantik sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 di Geneva, Switzerland yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pelantikan Khairy dibuat  sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke-72 Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Himeji, Jepun.

WHA adalah badan pembuat keputusan tertinggi untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang  dianggotai 194 negara anggota.

Menurut Dr Noor Hisham, pemilihan Khairy adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan aktif yang dimainkan Malaysia dalam platform kesihatan dunia.

Katanya lagi, Malaysia akan menggunakan peluang ini untuk terus memainkan peranan yang lebih besar dalam kesihatan global.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini