Seramai 133 pelajar serta 20 calon persendirian dan dua orang calon menumpang memulakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sentul, Kuala Lumpur.

Menurut Timbalan Pengarah JPWPKL, Mohd Naib Ab Rahman, persediaan tahun ini lebih rapi dengan kerjasama daripada agensi kerajaan berbanding tahun lepas.

Jelasnya, tahun ini pihaknya lebih memberi fokus kepada Jabatan Kesihatan bagi membantu sekiranya terdapat kes COVID-19 dalam kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM.

Bagi mengelak sebarang kebolehjangkitan dalam kalangan calon SPM 2022, pihaknya juga menyediakan pengawas peperiksaan tambahan sekiranya ada pengawas peperiksaan yang bergejala.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini