Khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas perdana menteri disediakan PDRM berdasarkan peruntukan bawah Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 (Akta 237).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi mana-mana bekas perdana menteri sedang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan kedua-dua khidmat itu sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.

Khidmat kedua-dua yang disediakan oleh PDRM adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berhubung keistimewaan bekas perdana menteri.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas pertikaian beberapa pihak sejak akhir-akhir ini mengenai khidmat pengiring keselamatan dan trafik bagi bekas perdana menteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini