Artis realiti popular, Khloe Kardashian memberitahu dirinya kini positif COVID-19 kali kedua.

Dia turut memberitahu bahawa anak perempuannya, True Thompson, 3 tahun turut dijangkiti COVID-19.

Dalam pada itu, Khloe juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri.

Pada Mac tahun lalu, Khloe dijangkiti COVID-19 buat pertama kali.

Dia berkongsi pengalamannya bertarung dengan virus berkenaan menerusi rancangan realiti “Keeping up with the Kardashians”.

Menerusi episod berkenaan, Khloe berkata yang dia mengalami simptom seperti muntah-muntah, badan menggigil dan sakit kepala.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini