Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah mengubah tarikh kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 26 November hingga 2 Januari 2022 kepada 11 Disember hingga 30 Disember 2021.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh. Menurut Anil, selain kekangan cuaca, keputusan itu dibuat selepas pasukan bertanding berdepan isu pelepasan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jelas beliau, ini kerana tarikh asal kejohanan akan menganggu sesi persekolahan pelajar yang akan bermula pada 22 November. Justeru, 11 Disember dilihat sebagai tarikh sesuai memandangkan cuti sekolah akan bermula pada 10 Disember.

Jelas Anil, Edisi kali ini hanya menyaksikan 25 pasukan bertanding bagi kategori lelaki, manakala perancangan bagi kategori wanita akan dimaklumkan kelak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini