Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 50 lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah hospital tentera di Kabul semalam. Manakala, 50 yang lain cedera. Ia merupakan kekejaman terbaharu menggegarkan Afghanistan sejak Taliban mengambil alih kuasa pemerintahan.

Rangkaian Daesh di Afghanistan, Khorasan mengaku mendalangi serangan. Kumpulan itu dalam satu kenyataan di Telegram menyebut serangan secara serentak itu dilakukan 5 anggotanya.

Ia menyasarkan orang awam, doktor dan pesakit di Hospital berkenaan.Serangan itu berlaku apabila seorang pengebom berani mati meletupkan bahan letupannya berhampiran pintu masuk kawasan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini