Berita baik buat peminat sukan ekstrem di Lembah Klang. Kiara Skatepark kembali beroperasi dalam tempoh percubaan selama dua minggu bermula hari ini. Ia dijangka boleh menampung sehingga 50 pengunjung pada satu-satu masa jika beroperasi secara penuh.

Selaku agensi yang ditugaskan mengawal selia venue berkenaan, Impact Integrated berharap tempoh 2 minggu berkenaan digunakan untuk melihat kehadiran pengunjung serta pematuhan SOP yang ditetapkan.

Pembukaan semula lokasi berkenaan selepas 2 tahun, disambut baik MySkate Federation yang membuat perancangan untuk menjadikan Kiara Skatepark sebagai pusat latihan sukan papan luncur. Kiara Skatepark akan dibuka secara rasmi 17 November depan, yang akan sempuranakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini