Kemalangan industri yang besar.

Itu yang berlaku dalam kebakaran di sebuah kilang syarikat pengeluar minyak ExxonMobil di Texas Amerika Syarikat.

Empat orang tercedera dalam kejadian tersebut.

Menurut polis tempatan, empat mangsa berjaya dibawa menggunakan helikopter ke hospital dan seorang lagi dengan sebuah ambulans.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Asap tebal dapat dilihat naik ke udara dan kenderaan kecemasan berada di kawasan kilang itu.

Pasukan bomba pula berusaha untuk memadam kebakaran.

ExxonMobil menyatakan unit yang terjejas adalah tempat memproses bahan dengan komponen petrol.

Syarikat itu juga terus memantau kualiti udara di kawasan itu dan setakat ini tiada kesan buruk dikesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini