Persekitaran jijik dan meloyakan.
 
Itu keadaan kilang memproses pes otak udang di Mukim Satu, Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau Pinang yang beroperasi dengan sangat kotor.
 
Bukan sahaja serpihan kayu malah ulat turut ditemui dalam tempat penyimpanan makanan itu. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri, Mohd Wazir Khalid berkata kilang terbabit juga menggunakan logo Halal yang tidak sah untuk mengelirukan pengguna.

Notis penutupan selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 itu dikeluarkan bagi membolehkan pengusaha premis melakukan kerja-kerja pembersihan.

Tiga kompaun bernilai RM5,000 turut dikenakan ke atas kilang terbabit bagi pelbagai kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini