Kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati pada harga serendah RM4.90 seunit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerjasama peniaga amat dihargai bagi bersama-sama membantu meringankan beban rakyat, terutama dalam usaha mengawal dan menurunkan jumlah kes COVID-19 di negara ini.

Tambahnya, pembukaan pelbagai sektor ekonomi, pekerjaan, sekolah dan institusi pengajian menjadikan kit ujian kendiri COVID-19 keperluan bagi setiap isi rumah.

Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 seunit dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 September lepas.

KPDNHEP telah membenarkan 7,302 premis di seluruh negara seperti pasar raya dan kedai rangkaian untuk menjual kit ujian kendiri COVID-19 yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Sebelum ini, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada MDA dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih sahaja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini