Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang untuk membina platform setinggi kira-kira tiga meter, di seribu menara telekomunikasi yang terkesan susulan banjir baharu-baharu ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan itu bagi memastikan kerosakan di menara telekomunikasi dapat dikurangkan, sekaligus memastikan perhubungan telekomunikasi tidak terputus terutamanya ketika banjir.


Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Penyerahan Kotak Kasih KKMM dan Bantuan Rumah Prihatin di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini