Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diarahkan untuk memanggil semula semua pembekal kit ujian kendiri COVID-19 bagi meneliti isu berkaitan kualiti dan ketepatan alat ujian itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah mengarahkan supaya MDA memanggil semula pembekal alat ujian itu.

Menurutnya, beliau mengakui menerima pelbagai rungutan dan aduan orang ramai terhadap ralat keputusan apabila membuat saringan menggunakan kit saringan kendiri yang dijual di pasaran.

Jelasnya, ketika kit ujian itu diluluskan MDA sebelum ini, ketepatan alat ujian itu mungkin 99% tetapi kadar itu mungkin merosot dalam tempoh tertentu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini