Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bahawa segala persiapan dan persediaaan yang rapi telah dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan gelombang varian Omicron.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata walaupun berlaku peningkatan kes harian COVID-19 dan bilangan kemasukan ke hospital, tetapi vaksin menunjukkan keberkesanan yang amat baik dalam melindungi individu daripada jangkitan yang lebih teruk.

Bilangan kemasukan ke ICU dan kematian akibat COVID-19 adalah 80 hingga 90 peratus lebih rendah berbanding pelaporan pada Ogos tahun lalu walaupun bilangan kes pada ketika ini adalah lebih tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini