Kementerian Kesihatan kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan SOP bagi pembukaan sempadan negara, bagi mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengumuman mengenai pembukaan sempadan negara bakal dibuat dalam masa terdekat, dan berharap ia dapat dilaksanakan segera.

Selain sektor pelancongan, sektor pendidikan dan pelancongan kesihatan antara yang terkesan dengan penutupan sempadan.

Tan Sri Muhyiddin berkata walaupun terdapat peningkatan kes positif COVID-19 serta bilangan kemasukan ke wad hospital, namun strategi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta pemberian dos penggalak memberi perlindungan daripada jangkitan yang lebih teruk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini