Kementerian Kesihatan giat menjalankan penilaian risiko berikutan kemunculan varian Covid-19 baharu, Omicron.

Menteri bertanggungjawab, Khairy Jamaluddin menjelaskan, sekiranya penilaian risiko bertambah tinggi,berkemungkinan kerajaan akan membuat sekatan lebih besar.

Jelasnya, keperluan itu penting memandangkan rakyat Malaysia telah mula melancong ke luar negara, termasuk ke negara Eropah dan menunaikan umrah.

Semalam, kerajaan mengumumkan sekatan sementara dikenakan terhadap semua warganegara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Nambia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini