Kementerian Kesihatan (KKM) dan Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) bercadang melaksana ujian klinikal bagi mengkaji penggunaan Ivermectin sebagai Prophylaxis ke atas kontak rapat pesakit COVID-19, bulan depan.

Kajian bertujuan mengenalpasti sama ada Ivermectin berkesan dalam  mencegah kontak rapat daripada dijangkiti wabak berkenaan.

Pengarah ICR, Dr Kalairasu M. Periasamy berkata, kajian yang menyasarkan 300 peserta berusia 18 tahun keatas, kini menunggu kelulusan NPRA untuk dimulakan.

Ia akan dilaksana di 10 fasiliti kerajaan di Kedah, Perak,Pulau Pinang dan Perlis.


Ketika Sesi Libat Urus Media Secara Maya, beliau turut memaklumkan, peserta perlu menjalani ujian calitan (RT-PCR) sebelum kajian dilaksana dan pada hari kelapan kajian.

Ivermectin pula akan diberi pada hari pertama dan kedua kuarantin.

Sepanjang tempoh kuarantin, mereka akan diperhatikan petugas kesihatan, sama seperti garis panduan dikeluarkan KKM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini