Kementerian Kesihatan,  melanjutkan perkhidmatan Pharmaniaga Bhd, membabitkan penyediaan dan bekalan perubatan kepada kementerian berkenaan.

Tempoh lanjutan selama setahun itu berkuatkuasa 1 Januari  2022.

Menurut Pharmaniaga, KKM telah mengeluarkan surat lanjutan bertarikh 28 Disember kepada anak syarikat milik penuh Pharmaniaga, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd,PLSB.

Skop perkhidmatan yang akan disediakan kekal mengikut terma yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi bertarikh 16 Mac 2011.

Menerusi pelanjutan itu, Pharmaniaga memberi jaminan, logistik dan pengedaran bekalan perubatan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini