Kementerian Kesihatan melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya menjelang PRU DUN Melaka.
 
Menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan berkata, larangan ini berkuat kuasa esok hingga 27 november depan.

Tegasnya, larangan termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya, bagi mengelak risiko penularan COVID-19 dan peningkatan kes mendadak.

Sebarang perhimpunan besar-besaran atau majlis sosial berisiko mencetuskan kes jangkitan.

Sebarang pelanggaran kepada peruntukan tersebut; individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini