Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas populasi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. Usaha tersebut giat dijalankan Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin (JKPCV) berdasarkan bukti – bukti saintifik melalui kajian klinikal.

Jelas Timbalan Menteri Kesihatan 2, Datuk Aaron Ago Dagang, beberapa sesi perbincangan telah diadakan KKM dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan.

Sehingga kini, hanya Pfizer-BioNTech mengeluarkan hasil dapatan kajian klinikal fasa 3 yang menunjukkan vaksin tersebut selamat untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Beliau menjawab soalan wakil Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini