Proses penilaian risiko dan prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan umrah akan dimuktamadkan menjelang pertengahan Februari ini.

Komitmen itu dinyatakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin tentang garis masa pembukaan semula perjalanan umrah.

Kedua-dua menteri tersebut terdahulu menghadiri sesi libat urus bersama persatuan industri pelancongan (umrah) bagi mendapatkan maklum balas berhubung hala tuju susulan daripada keputusan penangguhan sementara yang sedang berkuat kuasa.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah SOP berkaitan pelaksanaan umrah, isu bayaran balik dan penjadualan semua penerbangan, perlindungan insurans, garis masa pembukaan semula perjalanan umrah, dan bantuan pemulihan kepada industri pelancongan.

Datuk Seri Nancy dan Khairy dalam maklum balas menyatakan komitmen untuk memperincikan dan memperhalusi setiap isu serta cadangan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Kuatert Menteri Covid19 akan datang untuk tujuan penambah baikan.

Justeru, KKM dan Motac berharap agar pemain industri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan aktiviti umrah dapat terus dilaksanakan dengan selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini