Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perancangan membina Hospital Kapar di Klang, Selangor bagi membantu mengurangkan kesesakan pesakit di Hopital Tengku Ampuan Rahimah dan juga Hospital Shah Alam.

Hospital berkenaan, dijangka siap dibina dalam tempoh 5 tahun akan datang. Hospital Kapar bakal menjadi Hospital berpakar major bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat di Selangor.

Beliau ditemui ketika merasmikan majlis penyerahan projek Klinik Kesihatan Kapar, pagi tadi. Klinik Kesihatan Kapar dijangka beroperasi awal tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini