Orang ramai yang mendapat janji temu pemberian dos penggalak COVID-19 diminta hadir untuk menerima suntikan mereka. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi laman twiiternya berkata pemberian dos penggalak COVID-19 adalah strategi perlindungan yang penting terutama dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial dibenarkan.

Justeru, kementerian kesihatan yakin keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan dan disebabkan itu dos penggalak amat penting. Menurut Khairy lagi, keberkesanan pemberian dos penggalak sehingga 95 peratus ditunjukkan di banyak negara luar.

Ketika ini, Pfizer diluluskan sebagai dos penggalak untuk penerima vaksin Pfizer dan Sinovac. KKM juga kini sedang menilai kombinasi keberkesanan beberapa vaksin lain untuk keselamatan sebelum mengumumkannya tidak lama lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini