Kementerian Kesihatan menyasarkan sebanyak 4.1 juta atau 70 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun diberi suntikan vaksin COVID19 menerusi Program PICK Kids yang akan bermula 2 Februari depan.
 
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, suntikan vaksin hanya akan diberikan kepada golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.

Menurutnya, meskipun jangkitan COVID19 dalam kalangan kanak kanak berada pada tahap rendah, golongan itu tetap perlu dilindungi. Untuk rekod, setakat Januari 2022, seramai 269,000 kanak kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah dijangkiti COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini