Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk mewujudkan 40 Pusat Sehenti Masalah Tidur di kesemua hospital negeri dan hospital pakar seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pusat sehenti itu membolehkan rawatan pelbagai disiplin kerana masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) berkait rapat dengan pelbagai masalah komorbiditi lain.

Cadangan Pusat Sehenti tersebut meliputi perkhidmatan makmal tidur tahap satu dan dua di 13 hospital negeri, manakala makmal tidur tahap tiga atau empat di 27 hosital pakar yang dijangka menelan kos RM1.5 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini